Pengasas Akademi Muazzin

HAZIZUL 02

Pengasas Akademi Muazzin

AKADEMI MUAZZIN telah diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Hazizul bin Haji Masdin, Bilal Masjid Negeri Selangor. Beberapa maklumat berkenaan beliau :

  • Mendapat pendedahan dan latihan awal dari ayahnya Muazzin di kariah Masjid Kampung Sungai Terap iaitu Tuan Haji Masdin bin Mohd Noor.
  • Telah dilantik sebagai Muazzin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri Selangor ) ketika berumur 20 tahun dan merupakan Muazzin Termuda di Masjid Negeri Selangor. ( 2003-2008 )
  • Bertugas selama 7 tahun di Unit Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor. ( 2009-2016 )
  • Bertugas sebagai Muazzin di Masjid Daerah Kuala Selangor iaitu Masjid Jamek Sultan Ibrahim selama 1 tahun. ( 2016 )
  • Seterusnya dipanggil kembali bertugas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah       (Masjid Negeri Selangor). ( 2017 – Hingga Kini )
  • Menjadi Muazzin di Slot Panggilan Agung TV ALHIJRAH.( 2017 )