Kenali Akademi Muazzin

"Apa itu Akademi Muazzin?"

AKADEMI MUAZZIN diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2016. Namun program-program berkaitan muazzin telah digerakkan sejak 2009 lagi. Dahulunya ia dikenali sebagai ‘Akademi Muazzin Malaysia’, sehinggalah ia telah diberi penjenamaan semula iaitu ‘AKADEMI MUAZZIN’.

Ia diwujudkan bagi memberi ilmu dan mencungkil bakat-bakat baru serta menggilap potensi sedia ada seorang Muazzin agar menjadi seorang muazzin yang berkualiti. Sehingga kini, melalui program-program yang dijalankan, AKADEMI MUAZZIN telah berjaya melatih ribuan muazzin dalam menambah baik kualiti dan petensi diri peserta.

AKADEMI MUAZZIN dengan tagline “Bukan Sekadar Azan” adalah satu-satunya di Malaysia, Tunggal di Nusantara dan Pertama di Dunia.