Bengkel Imam dan Bilal Tarawih Negeri Selangor 2019

27 APRIL 2019, SABTU | ALHAMDULILLAH Bengkel Imam dan Bilal Tarawih Negeri Selangor 2019 telah berjaya manarik penyertaan seramai 125 orang peserta yang bukan sahaja dari Selangor, malahan dari Kuala Lumpur, Raub Pahang dan Alor Star Kedah.

Penganjuran bagi tahun ke 4 ini telah diadakan dengan kerjasama Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana Ampang. Terima kasih kepada Tuan Pengurus Ustaz Hafizul dan Bilal Nasrin atas kerjasama yang diberikan.

Program ini telah dibimbing oleh Al-Fadhil Ust Ahmad Tirmizi Haji Ali, Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2014 dan Al-Fadhil Ust Hazizul bin Masdin, Muazzin Masjid Negeri Selangor.

Please follow and like us:
error